Faculty of Computer Science and Mathematics

Bengkel Perisian Pakej R

BENGKEL PENGENALAN KEPADA APLIKASI PERISIAN PAKEJ R

  • Latarbelakang Program

 Bengkel Pengenalan kepada Aplikasi Perisian Pakej R telah diadakan pada 7 November 2017 bertempat di Bilik Multimedia, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah. Ia merupakan sebahagian daripada aktiviti dalam Siri Kaedah Penyelidikan di bawah Penyelaras Projek Ilmiah Tahun Akhir, Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) Sesi 2017/2018. Ceramah berkenaan Asas Penggunaan Perisian Pakej R telah sampaikan oleh Dr Hjh Noor Zaitun Yahaya, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan manakala sesi amali penggunaan Perisian Pakej R telah dibantu oleh dua fasilitator iaitu Encik Zul Fadhli Bin Ibrahim dan Cik Fahimah Binti Hashim. Tentatif pelaksanaan program adalah seperti di Lampiran 1. Bengkel ini mensasarkan pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) dan pelajar siswazah PPKK.

 

  • Hasil Pelaksanaan Program

Penganjuran bengkel kali ini telah menarik penyertaan seramai 20 pelajar. Hasil daripada pelaksanaan program ini, para peserta yang terlibat telah mendapat pendedahan berkenaan teori penggunaan Perisian Pakej R khususnya dalam menganalisis data penyelidikan. Peserta juga telah berpeluang mengikuti sesi amali penggunaan Perisian Pakej R yang membolehkan mereka mendapat pengalaman secara langsung bagaimana menggunapakai perisian berkenaan untuk menganalisis data. Rata-rata peserta yang telah hadir teruja kerana berpeluang untuk mempelajari ilmu dan kemahiran baru.

 

  • Kesimpulan

 Kesimpulannya, bengkel Pengenalan Kepada Aplikasi Perisian Pakej R telah dilaksanakan dan objektif penganjuran telah dicapai dengan jayanya. Pelaksanaan bengkel ini diharap akan dapat menggalakkan pemindahan ilmu dalam bidang berkaita disamping meningkatkan kemahiran penyelidikan dikalangan pelajar tahun akhir SMT (Alam Sekitar) yang akan atau sedang menjalankan projek ilmiah tahun akhir bagi sesi 2017/2018.

Dr Hjh Noor Zaitun Yahaya sedang menyampaikan ceramah pengenalan kepada perisian pakej R dan aplikasinya dalam analisis data penyelidikan
Fasilitator membuat demo pemasangan perisian Pakej R kepada peserta semasa sesi amali penggunaan perisian pakej R
Peserta sedang mengikuti sesi amali penggunaan perisian pakej R
Sesi fotografi peserta bersama penceramah dan fasilitator Bengkel Pengenalan Kepada Aplikasi Perisian Pakej R

 

Share the Post:

Artikel Berkaitan