Oleh: Dr. Nazaitulshila Rasit
Pada 22 – 23 Mac 2017 yang lalu, seramai 29 orang mahasiswa dan 3 orang pegawai mewakili 4 buah kelab di PPKK telah berada di Langkawi bersempena Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2017 (LIMA’17). Pada hari pertama, peserta telah berada di Mahsuri International Exhibition Center (MIEC) bagi menyaksikan pameran pegun jet pejuang dan formasi jet pejuang daripada negara seperti Indonesia, Korean Selatan dan Singapura. Selain itu,terdapat pelbagai pameran industri yang melibatkan bidang aeroangkasa. Seterusnya pada hari kedua, peserta daripada PPKK telah menjejakkan kaki ke Resort World Langkawi untuk melawat pameran-pameran dan teknologi baru yang berkaitan dengan maritim. Antara yang menarik adalah pameran aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Selain itu pelajar-pelajar juga berpeluang untuk melawat kapal-kapal perang dari luar negara. Lawatan ini telah memberikan pendedahan kepada mahasiswa berkaitan kemajuan sistem pertahanan udara, jet pejuang dan skop aeroangkasa dengan lebih menarik di depan mata sendiri dan lawatan ini juga telah memanfaatkan mahasiswa terutamanya daripada PPKK dengan teknologi industri dan isu-isu semasa terkini di seluruh dunia dengan mengunjungi LIMA’17 ! Berikut adalah kenangan yang sempat dirakam ketika berada di LIMA’17.
















