Oleh: Dr. Nazaitulshila Rasit
Pada 16 Mac 2017 yang lalu, Program Syarahan Umum Ceo@Faculty Programme telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim (PPPPM) dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) telah diadakan di Auditorium Mahyuddin. Syarahan umum tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia iaitu Yang Berbahagia Dato Seri Haji Saripuddin bin Haji Kasim. Program ini adalah bertepatan dengan Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025), ( Pendidikan Tinggi ), agar universiti awam menjalinkan hubungan yang rapat dengan agensi dan industri yang terdapat di Malaysia. Program ini telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Naib Canselor UMT, iaitu Professor Dato’ Dr. Nor Aeini binti Haji Mokhtar, pegawai-pegawai utama UMT dan juga disertai oleh agensi-agensi kerajaan yang lain. Di dalam syarahan ini, Dato Seri Haji Saripuddin telah berkongsi kisah-kisah kejayaan beliau, tips menghadapi cabaran dalam kerjaya dan juga tips untuk mencapai impian dan cita-cita. Syarahan ini sangat bermanfaat buat para pelajar kerana maklumat-maklumat yang disampaikan sangat dekat dengan bidang pengajian yang sedang para pelajar kedua-dua pusat pengajian ceburi ketika ini. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam ketika program ini berlangsung.











