PPKK telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan pada 2-4 Mac 2017 yang lalu bertempat di Resorts World Kijal, Kemaman. Seramai 34 orang staf akademik dan pengurusan telah menghadiri bengkel ini yang bertujuan untuk merancang aktiviti-aktiviti strategik PPKK dan berimpak tinggi untuk dilaksanakan pada tahun 2017. Selain daripada itu, bengkel ini diadakan bagi menyediakan anggaran kos penganjuran bagi setiap aktiviti yang dirancang berdasarkan kepada kemampuan kewangan PPKK dan juga menyelaras jadual aktiviti serta ahli jawatankuasa pelaksana yang akan menguruskan pelaksanaan aktiviti yang dirancang. Semua warga PPKK yang terlibat bagi keempat-empat program iaitu Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar), Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik & Instrumentasi), Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) dan Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) telah membentangkan bajet masing-masing dan kelulusan telah diberikan kepada program yang layak dan memenuhi keperluan pusat pengajian. Bengkel selama 3 hari 2 malam ini diakhiri dengan aktiviti riadah yang melibatkan ahli keluarga staf yang terlibat bagi mengeratkan silaturrahim sesama warga PPKK yang terlibat. Berikut adalah gambar yang sempat dirakam.














