Program ini diadakan pada 12 Mac 2016 bertempat di Pantai Teluk Ketapang. Program melibatkan ahli-ahli kelab ENTECH seramai 200 orang untuk membersihkan kawasan Pantai Teluk Ketapang selaras dengan objektif program untuk mewujudkan kawasan pantai yang lebih bersih. Selain itu, program ini juga diadakan untuk mewujudkan kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan pemeliharaan kawasan pantai untuk kelestarian alam sekitar.


