Program ini telah diadakan pada 13 Mac 2015 bertempat di Pantai Tok Jembal. Program melibatkan usahasama Kelab Green Earth Team, UniMAP yang bertujuan untuk membersihkan kawasan pantai Tok Jembal selaras dengan objektif program untuk mewujudkan kawasan pantai yang lebih bersih. Program disertai hampir 300 orang peserta daripada UMT dan UniMAP. Selain itu, program ini merupakan satu permulaan kerjasama dengan Kelab GET, UniMAP dari segi perkongsian maklumat yang berkaitan program kelestarian alam sekitar. Program ini juga mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.



