Lawatan ilmiah pelajar ENTECH ke Manila, Filipina
Seramai 19 orang pelajar ENTECH terlibat dalam program ini. Program melibatkan penyertaan pelajar dalam 13th UNU & GIST Joint Symposium: Environmental Challenges in Urban Cities dan lawatan ke beberapa tempat berkaitan. Antara tempat yang dilawati pelajar adalah:
- University of Philiphines-Diliman
- Clean Air Asia
- Colombo Plant Staff College
- La Mesa Treatment Plant
Selain itu, perbincangan mengenai kerjasama antara pihak UMT dan University of Philiphines juga telah dijalankan diketuai Dr Nurul Adyani dan Dr Hajah Noor Zaitun.




