Sesi perjumpaan di antara pihak pengurusan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan dengan pegawai-pegawai makmal yang terdiri dari Skim C dan Skim A telah diadakan pada 21 Mac 2019.
Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Prof. Madya. Ir. Dr. Mohammad Fadhli Ahmad, selaku Dekan PPKK. Turut hadir ialah Timbalan Dekan dan Pengerusi-pengerusi Program. Perjumpaan ini adalah satu medium perbincangan isu-isu semasa, di samping untuk melihat kekuatan perkhidmatan di makmal-makmal PPKK. Dalam perjumpaan yang diadakan, Yang berbahagia Dekan telah menekankan aspek pematuhan kepada waktu bekerja dan kepentingan integriti sebagai penjawat awam, di samping menekankan agar setiap pegawai memberikan komitmen terbaik dalam bekerja.