Satu kursus pendek berkenaan sistem PV terhubung grid telah diadakan di PPKK pada 26 Ogos 2018, selama sehari, anjuran bersama PPKK dan SIG-ECRE, UMT. Kursus pendek bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan pelbagai aspek dan piawaian dalam pemasangan, operasi dan pemantauan sistem terhubung PV-grid. Peserta-peserta kursus yang hadir termasuk dari pengamal industri seperti EPIC Solar Sfn Bhd. dan Lestari Energy Sdn. Bhd.; serta penyelidik daripada TESDEC dan UMT sendiri. Pengerusi, Working Group on Photovoltaics (WGPV) yang juga merupakan Master Trainer, Photovoltaic Systems Design; Chargeman/Wireman; Installer; ToT; for SEDA Malaysia, iaitu PM Dr. Sulaiman Shaari serta PM Dr. Hj. Ahmad Maliki Omar merupakan fasilitator untuk kursus ini.





