Sukacita kami kongsikan pengalaman menjalani Latihan Industri bagi seorang pelajar tahun 3 kursus SMT (Alam Sekitar) atau lebih dikenali sebagai ENTECH. Abdul Qaiyum bin Adalan sedang mengikuti latihan industri di sebuah organisasi kontraktor dikenali sebagai Aman Selama Sdn. Bhd yang kini menjalankan projek pembinaan Hospital Bachok di negeri Kelantan. Latihan Industri yang perlu diikuti oleh pelajar adalah selama 12 minggu dan ketika berada di pertengahan latihan, beliau telah berjaya menunjukkan kredibiliti sebagai pekerja yang telah memberikan komitmen terbaik dan dianugerahkan Anugerah Pekerja Terbaik Bulan Julai 2018.
