Sukacita dimaklumkan bahawa 5 orang pelajar daripada Jurusan Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) telah terpilih sebagai wakil UMT bagi pembentangan kertas kajian di 2018 1st Maritime Safety International Conference di Bintang Bali, Indonesia selama 3 hari iaitu dari 9 Julai sehingga 11 Julai 2018. Selain itu, MASTIC 2018 juga akan memberikan peluang kepada pelajar dalam teknik-teknik terkini dan perkembangan terkini di rantau maritim, bersosial dengan wakil-wakil industri, dan bertukar idea dan maklumat baru.


