Tanggal 17 Jun yang lalu, tiga orang alumni Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan yang mengambil kursus Sarjana Muda Sains Nautika dan Pegangkutan Maritim telah lulus dengan jayanya peperiksaan lisan bagi perakuan kecekapan (Certificate of Competency) ‘Officer in Charge of Navigational Watch of 500GT or more Unlimited Trade Voyages’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia
Mohammad Azariza Sazwan, Yeap Chee Kah dan Sri Balamurugan Manokaran yang juga penerima ijazah kelas pertama, telah memulakan karier sebagai pegawai kadet dek ketika latihan industri di Syarikat perkapalan ‘American Presiden Line’ (APL) yang berpengkalan di Singapura bagi mengumpul ‘sea time’ dan menjalani latihan-latihan tertentu sebelum layak menduduki peperiksaan lisan tersebut sepertimana yang telah termaktub di dalam konvensyen antarabangsa ‘STCW 78 as as amended’ (Standard of Training Certification and Watchkeeping for Seafarers) . Dengan adanya perakuan kecekapan ini, mereka bertiga berpeluang untuk berkhidmat di atas kapal sebagai ‘Third Officer’ di mana-mana syarikat perkapalan di seluruh dunia tanpa had batasan pelayaran disamping gaji yang lumayan.
Kejayaan ketiga-tiga alumni ini menjadi kebanggaan kepada Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan dan juga program Sarjana Muda Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim sekaligus merealisasikan salah satu matlamat program untuk melahirkan graduan yang boleh berkhidmat di atas kapal dagang sebagai Pegawai Navigasi. Berikut adalah biodata ringkas alumni yang terlibat:
Nama: Mohammad Azariza Sazwan bin Mohd Zamri
Negeri Kelahiran: Kedah
Tarikh Lahir: 21 Januari 1991
Nama: Sri Balamurugan Manokaran
Negeri Kelahiran: Perak
Tarikh Lahir: 29 Julai 1991
Nama: Yeap Chee Kah
Negeri Kelahiran: Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 4 Ogos 1991


