Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
YBhg. Prof. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE PROGRAM “WOW@SHIP BRIDGE SIMULATOR’ SEMPENA WOW’17
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) akan menganjurkan satu aktiviti/lawatan ke Ship Bridge Simulator, PPKK sempena program WOW’17 peringkat PTJ seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 17 Mei 2017 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : Bilik Ship Bridge Simulator, Aras 3, Bangunan Makmal FMSM, UMT
Dengan berbesar hati kami ingin menjemput YBhg. Prof. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk hadir dalam memeriahkan program tersebut. Kehadiran YBhg. Prof. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
b/p : Dekan, PPKK
(Prof. Ir. Dr. Ahmad bin Jusoh)