Program anjuran KEMAFIZ, UMT yang telah berlangsung apda 10 dan 11 Mac 2017 itu telah mengumpulkan ahli-ahli kelab fizik daripada beberapa universiti-universiti awam Malaysia, seperti UMT, UM, USM dan USIM. Objektif utama program itu adalah bagi berkongsi pengalaman mentadbir dan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi kelab fizik di universiti-universiti masing-masing serta bertukar pandangan berkenaan halatuju kelab-kelab mereka. Peserta-peserta juga di bawa mengelilingi kampus UMT dan kawasan sekitarnya.



