Haasyimah Ab Rahim merupakan pelajar tahun akhir jurusan Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) telah mempertandingkan Projek Ilmiah Tahun Akhir beliau dan muncul sebagai johan di 2nd International BUILT Environment Undergraduate Research Competition (BEURC) berlangsung pada 30-31 Mac 2017 di Universiti Malaya. Kategori yang disertai ialah “Subtheme Architecture and Planning”. Projek beliau telah dibimbing oleh Dr. Hajah Noor Zaitun Yahaya.


