Faculty of Computer Science and Mathematics

Dr. Hjh Noor Zaitun terpilih “Top 3 Best Paper Award” di WCAC 2019, Istanbul

Tahniah diucapkan kepada Dr. Hajah Noor Zaitun binti Yahaya, Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI), UMT yang telah memenangi “Top 3” Best Paper Award sempena World Clean Air Congress.

Kongres Kesatuan Udara Bersih Sedunia atau The 18th World Clean Air Congress (WCAC) yang bertaraf antarabangsa itu telah diadakan di Hotel Hilton, Maslak, Instanbul, Turki mulai daripada 23 hingga 27 September 2019.

Kemenangan ini adalah satu pencapaian yang membanggakan penyelidik khasnya dan UMT serta Malaysia amnya apabila kertas penyelidikan yang dibentangkan mendapat pengiktirafan di peringkat global. Penyelidikan yang bertajuk “The Used Of Stochastic Boosted Regression Trees To Analyse In-vehicle Pollutants And Physical Parameters at Different Road Categories” telah memfokuskan penggunaan aplikasi baru iaitu teknik ‘artificial Intelligent technique’ dgn menggunakan ‘Stochastic Boosted Regression Trees Technique’ atau BRT untuk pemodelan Big Data sekaligus dapat mengetahui apakah yang menyumbang kepada pencemaran, variable influence, interactions dan peramalan. Sekaligus dapat digunakan oleh para pe vubL polisi bagi mencari langkah pencegahan untuk mengawal pencemaran. Ia juga mengandungi element IR 4.0, iaitu Big data analysis, artificial intelligent, from science to policies.

Dr. Hajah Noor Zaitun yang juga merupakan presiden Pertubuhan Forum Udara Bersih Malaysia atau MyCas, telah mengetuai delegasi Malaysia ke WCAC 2019 yang terdiri seramai lebih 20 orang. Beliau turut menjadi Board Member utk International Union Air Pollution Protection Association (IUAPPA) atau Kesatuan Udara Bersih Sedunia bersama pakar udara dari lebih 31 negara. Semasa di sana selain menjadi International Program Committee WCAC, MyCas telah mengetengahkan isu health impact assessment melalui bengkel yg dijalankan, Forum Low Carbon Mitigation yang akan diadakan di Melaka dan lain lain lagi. MyCas juga telah membawa isu transboundary haze yang dihadapi negara ke perbincangan dan forum di kalangan negara Asia semasa slot forum anjuran Clean Air Asia di WCAC. Satu sidang akhbar telah dibuat oleh MyCas semasa di sana dan akan dikongsi dgn rakyat Malaysia bagi menyatakan kepentingan menjaga udara untuk kesinambungan kehidupan.

World Clean Air Congress telah disertai seramai lebih 300 peserta yang terdiri daripada penyelidik dan pelajar dari pelbagai universiti dan agensi pelbagai negara seluruh dunia. Turut memberi pembentangan dari UMT adalah Prof. Madya Dr. Mohd Sabri Ghazali dan Dr. Mohd Shahrir Zahari.

“Kemenangan ini sangat bermakna untuk saya, dan 2 lagi penyelidik UMT, iaitu Dr. Wan Nurdiyana binti Wan Mansor dan pelajar Master, iaitu Fahimah binti Hashim. Ianya Menyuntik semangat dan memberi keyakinan kepada para penyelidik bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai, selagi ada usaha dan kemahuan. Saya bangga mampu mengharumkan nama agama, UMT dan negara di persada dunia, Alhamdulillah” ujar Dr. Hajah Noor Zaitun.

Share the Post:

Artikel Berkaitan