Fakulti Sains Komputer dan Matematik secara rasmi ditubuhkan pada 1 Januari 2024 hasil penjenamaan semula Fakulti Kejuruteraan Lautan dan Informatik serta Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Fakulti ini menghimpunkan pakar dalam bidang Sains Komputer dan Matematik. Fakulti ini mengumpulkan pakar dalam Bidang Sains Komputer dan Matematik.
UMT terletak di daerah Kuala Nerus. Kampus ini terletak di lokasi strategik berhampiran Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu iaitu dalam Zon Perindustrian Gong Badak dan Zon Pendidikan negeri Terengganu Darul Iman. UMT adalah kira-kira 25 km dari bandar Kuala Terengganu dan 3 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
Terdapat 12 program yang ditawarkan oleh FSKM.
1) Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian
2) Sarjana Muda Sains Komputer (Informatik. Maritim) dengan Kepujian.
3) Sarjana Muda Komputer (Komputeran Mudah Alih) dengan Kepujian.
4) Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) dengan Kepujian
5) Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan) dengan Kepujian
6) Sarjana Muda Sains (Analitik Data) dengan Kepujian
7) Sarjana Sains Komputer (Kerja Kursus)
8) Sarjana Teknologi Maklumat (Kerja Kursus)
9) Sarjana Matematik (Kerja Kursus)
10) Sarjana (oleh Penyelidikan)
11) Ph.D Sains Komputer (Penyelidikan)
12) Ph.D Mathematics (Research)
FSKM juga menawarkan pelbagai program Sarjana Muda ke peringkat pascasiswazah, seperti yang disenaraikan dalam halaman Program yang Ditawarkan daripada Program Prasiswazah
dan Pascasiswazah.
Tidak. FSKM tidak menawarkan sebarang program pembelajaran jarak jauh.
Ya, kami menawarkan program pascasiswazah dan program untuk pelajar antarabangsa.