Fakulti Sains komputer dan Matematik

Kata Aluan Dekan

Prof. Ts. Dr. Muhammad Suzuri Hitam

Dekan
Fakulti Komputer Sains dan Matematik
Universiti Malaysia Terengganu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan dan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada anda yang berjaya menjejakkan kaki ke UMT. Secara peribadi, saya merasakan anda adalah antara pelajar yang bertuah kerana memilih UMT sebagai tempat untuk menimba ilmu, di samping bersaing dengan ribuan pelajar Matrikulasi, STPM, dan Diploma. Semoga peluang ini menjadi pembakar semangat untuk mencipta kegemilangan sains serta mengejar kecemerlangan seperti yang telah dirintis oleh bekas pelajar UMT sebelum ini.

Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi telah mewujudkan cabaran global yang baharu dan semakin kompleks. Oleh itu, adalah diharapkan agar anda dapat memanfaatkan segala peluang yang ada di universiti ini untuk terus meningkatkan penguasaan ilmu serta mengembangkan kemahiran insaniah bagi memperkasakan diri anda.

Semoga anda semua dapat memanfaatkan segala peluang yang ada di Universiti ini untuk terus meningkatkan penguasaan ilmu baharu dan kemahiran insaniah untuk memperkasakan diri. Harapan UMT adalah untuk melahirkan modal insan yang berwibawa dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara pada akhir tempoh pengajian anda. Saya juga percaya anda tidak akan menghampakan harapan ibu bapa yang sentiasa menginginkan kejayaan yang terbaik buat anda.

Terima Kasih. Salam Sejahtera.