Fakulti Sains komputer dan Matematik

Kata Aluan Dekan

Prof Ts. Dr Muhammad Suzuri Hitam

Dekan
Fakulti Komputer Sains dan Matematik
Universiti Malaysia Terengganu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan dan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada anda yang berjaya menjejakkan kaki ke UMT. Secara peribadi, saya merasakan anda adalah seorang yang bertuah yang masuk ke UMT sebagai tempat pilihan menimba ilmu di kalangan ribuan pelajar Matrikulasi, STPM dan Diploma. Semoga menjadi pembakar semangat untuk mencipta kegemilangan sains untuk mengejar kecemerlangan yang telah dirangka oleh bekas pelajar UMT sebelum ini.

Perkembangan pesat sains dan teknologi telah menimbulkan fenomena cabaran global kontemporari. Perkembangan pesat sains dan teknologi telah menimbulkan fenomena cabaran global kontemporari.

Semoga anda semua dapat memanfaatkan segala peluang yang ada di Universiti ini untuk terus meningkatkan penguasaan ilmu baharu dan kemahiran insaniah untuk memperkasakan diri. Harapan UMT pada akhir tempoh pengajian adalah untuk melahirkan modal insan yang berwibawa yang mampu bersama-sama membangunkan masyarakat dan negeri. Saya juga percaya anda tidak akan menghampakan harapan ibu bapa yang mengharapkan yang terbaik daripada anda.

Terima Kasih Salam Sejahtera