Faculty of Computer Science and Mathematics

Warga PPKK diiktiraf di MAT 2018

Majlis Anugerah Tahunan UMT (MAT 2018) yang diadakan pada 29 Julai 2018 telah menyaksikan pelbagai anugerah diterima oleh warga PPKK.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah merupakan penghargaan kepada pegawai yang telah memberi perkhidmatan cemerlang yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai di sepanjang tahun 2017. Pegawai PPKK yang telah menerima anugerah ini adalah:

  • MADYA DR. MOHAMAD BIN AWANG – Pensyarah Universiti DS54
  • WAN MARIAM BINTI WAN MUDA – Pensyarah Universiti DS52
  • ANUAR BIN ABU BAKAR – Pensyarah Universiti DS51
  • MAHMOOD BIN SULAIMAN – Pegawai Sains C44
  • MOHD HAFIZ BIN SALLEH – Penolong Pegawai Laut A29
  • FATIMAH NOR BINTI MOHAMAD – Pembantu Operasi N11

Selain daripada itu, PPKK juga telah menerima 2 pengiktirafan dalam kategori Anugerah Julangan Bakat. Untuk anugerah yang pertama, PPKK telah dinobatkan sebagai Pengurusan Pusat Tanggungjawab Terbaik tahun 2017. Pengiktirafan ini merupakan penghargaan yang terbaik kepada semua warga kerja PPKK yang telah banyak menabur bakti memperkasakan PPKK khasnya dan UMT umumnya.

Manakala bagi anugerah kedua Julangan Bakat, Anugerah Penerbitan Penyelidikan telah dianugerahkan kepada Prof. Madya. Dr Mohammad Bin Ismail di atas penerbitan beliau bertajuk Hydrogen Sorption Improvement of MgH2 Catalyzed by CeO2 Nanopowder. Journal of Alloys and Compounds, 695, 2532-2538.

Dengan penuh takzim dan rasa bersyukur, tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah MAT 2018. Semoga pengiktirafan yang diperolehi menyuntik semangat semua warga untuk lebih berdaya saing dan sentiasa menghasilkan yang terbaik untuk kebaikan bersama di masa akan datang.

Syabas dan Tahniah!

Share the Post:

Artikel Berkaitan