Fakulti Sains komputer dan Matematik

Visi & misi

Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UMT

Visi

Menjadi pusat pengajian, penyelidikan dan pengembangan ilmu yang unggul dalam bidang Sains Komputer dan Matematik.

Misi

Melahirkan graduan yang syumul dan berketerampilan dalam bidang Sains Komputer dan Matematik melalui aktiviti akademik, penyelidikan dan inovasi.

Fungsi

  • Menawarkan program pengajian yang berkualiti untuk memenuhi keperluan pasaran semasa dan masa hadapan dalam bidang sains komputer, kejuruteraan perisian, matematik dan statistik dengan menerokai segala ilmu dalam semua bidang yang berkaitan melalui pengajaran dan penyelidikan yang bermutu.
  • Menyediakan kemudahan dan fasiliti yang terkini untuk pengajaran dan penyelidikan yang terkini bagi menyokong pembangunan ilmu, pembelajaran dan kesarjanaan.
    Menghasilkan graduan yang berakhlak tinggi, bertanggungjawab, berilmu, berkeyakinan dan berketerampilan.
  • Berperanan aktif dalam pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan melalui pemindahan ilmu kepada komuniti setempat dan kawasan pantai timur semenanjung, khususnya dan Malaysia, amnya.