Faculty of Computer Science and Mathematics

UG6461003 - Sarjana Muda Sains (Analitik Data) dengan Kepujian

Pengenalan Program

Bidang Sains Matematik  di FSKM, UMT, menawarkan tiga program pengajian iaitu; 

1. Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan)

2. Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan)

3. Sarjana Muda Sains (Analitik Data)

Program Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) dengan Kepujian adalah program yang dibangunkan untuk menyediakan ilmu tentang penggunaan kaedah matematik seperti teori kebarangkalian, statistik, pengoptimuman, analisis stokastik dan teori ekonomi dalam permasalahan bidang kewangan yang meliputi pelaburan, insurans, kewangan Islam, analisis risiko dan sebagainya. Kurikulum program ini telah diadun lengkap bagi memenuhi sebelas domain hasil pembelajaran program yang disarankan oleh KPT sepanjang pengajian selama 7 semester atau tiga tahun setengah.  Selain itu, seiring dengan perkembangan revolusi industri (IR) 4.0, beberapa kursus teras program telah diterapkan dengan modul SAS yang melayakkan pensijilan SAS kepada graduan di akhir program. Pensijilan ini menjadi nilai tambah kepada graduan kerana diiktiraf di seluruh dunia dan mempunyai permintaan dari industri yang luas.  Bagi memastikan pelajar mendapat pengalaman bekerja sebenar, kursus Latihan Industri selama 24 minggu dilaksanakan pada semester terakhir (semester 7) dalam bidang kewangan atau industri lain yang berkaitan. Ilmu yang telah dipelajari selama berada di kampus boleh digunakan semasa menjalani Latihan industri selain menimba ilmu baharu dalam sektor yang berkenaan. 

Syarat Kemasukan

Lepasan STPM (Sains)

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
• Matematik (T)
2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk
peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020
mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Lepasan Matrikulasi / Asasi (SAINS)

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:
• Mathematics / Engineering Mathematics
2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk
peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020
mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Lepasan Diploma/Setaraf

1. Memiliki Diploma/ mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat
Universiti
2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk
peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020
mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Peluang Kerjaya

Graduan program Sarjana Muda Sains (Analitik Data) dengan kepujian boleh terlibat dalam pelbagai bidang perkhidmatan dan kerjaya sama ada dalam sektor awam atau swasta. Sektor utama yang boleh diceburi oleh graduan adalah kewangan, insurans, perbankan atau perkhidmatan. Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah:

  • Saintis Data
  • Penganalisis Kewangan
  • Penganalisis Data 
  • Penganalisis Sistem
  • Jurutera Data 
  • Penganalisis Keselamatan Maklumat
  • Pengurus Data Penyelidikan & Pembangunan
  • Arkitek Data 
  • Perunding Perniagaan
  • Penganalisis Perniagaan/Pemasaran
  • Pembangun atau Pentadbir Pangkalan Data
  • Penganalisis Kuantitatif