Faculty of Computer Science and Mathematics

Shout out Entech 2017/18

Bersempena dengan kemasukan pelajar pelajar baharu sesi 2017/2018 baru baru ini, Kelab Teknologi Alam Sekitar (ENTECH) telah mengadakan Program Shout Out Entech 2017/18. Program Shout Out Entech telah diadakan pada 23 September 2017 dan disertai oleh pelajar-pelajar tahun 1 Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar). Pada sesi pengajian 2017/2018 ini, seramai 101 pelajar telah mendaftar bagi program ini. Shout Out Entech bertujuan untuk memberikan kefahaman mengenai Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) kepada pelajar baharu dan disamping itu ia juga bertujuan  untuk mengeratkan silaturrahim di antara para pensyarah dan pelajar senior dengan pelajar baharu bagi program Entech. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlansung adalah Slot bersama majlis tertinggi Entech, Explorace, Program bicara kerjaya, slot bersama mentor mentee, sukaneka dan malam kebudayaan. Program ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dan pelajar pelajar baharu juga telah menyatakan bahawa program ini telah membawa mereka lebih dekat kepada Entech dan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk belajar sehingga tamat pengajian. Berikut adalah gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.

Aktiviti Explorace
Sukaneka bersama fasilitator
Malam Kebudayaan
Sesi bersama Mentor Mentee

[:]

Share the Post:

Artikel Berkaitan