Faculty of Computer Science and Mathematics

Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) dengan Kepujian

Pengenalan Program


Bidang Sains Matematik  di FSKM, UMT, menawarkan tiga program pengajian iaitu; 

1. Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan)

2. Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan)

3. Sarjana Muda Sains (Analitik Data)

 

Program Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) dengan Kepujian adalah program yang dibangunkan untuk menyediakan ilmu tentang penggunaan kaedah matematik seperti teori kebarangkalian, statistik, pengoptimuman, analisis stokastik dan teori ekonomi dalam permasalahan bidang kewangan yang meliputi pelaburan, insurans, kewangan Islam, analisis risiko dan sebagainya. Kurikulum program ini telah diadun lengkap bagi memenuhi sebelas domain hasil pembelajaran program yang disarankan oleh KPT sepanjang pengajian selama 7 semester atau tiga tahun setengah.  Selain itu, seiring dengan perkembangan revolusi industri (IR) 4.0, beberapa kursus teras program telah diterapkan dengan modul SAS yang melayakkan pensijilan SAS kepada graduan di akhir program. Pensijilan ini menjadi nilai tambah kepada graduan kerana diiktiraf di seluruh dunia dan mempunyai permintaan dari industri yang luas.  Bagi memastikan pelajar mendapat pengalaman bekerja sebenar, kursus Latihan Industri selama 24 minggu dilaksanakan pada semester terakhir (semester 7) dalam bidang kewangan atau industri lain yang berkaitan. Ilmu yang telah dipelajari selama berada di kampus boleh digunakan semasa menjalani Latihan industri selain menimba ilmu baharu dalam sektor yang berkenaan. 

Syarat Kemasukan

Lepasan STPM (Sains)

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

• Matematik (T)

2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk

peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020

mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Lepasan Matrikulasi/ Asasi Sains

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran

berikut: 

• Mathematics / Engineering Mathematics

2.  Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk

peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020

mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Lepasan Diploma / Setaraf

1. Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon:

      ATAU

    Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti

2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk

peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020

mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Brosur Program

prospek Kerjaya

Antara kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan-graduan program sains komputer adalah seperti berikut: 

  • Pegawai Risiko Strategik
  • Pemodel Risiko
  • Pegawai Pengurusan Pelaburan
  • Penganalisis Data
  • Penyelidik
  • Pegawai Sains
  • Guru / Pensyarah Matematik

Pengiktirafan Program

Ketua Program

Email: termimi@umt.edu.my 
Phone: +609-668 3975 (office)
             +6019-9091745 (mobile)