Faculty of Computer Science and Mathematics

Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan) dengan Kepujian

Pengenalan Program


Bidang Sains Matematik  di FSKM, UMT, menawarkan tiga program pengajian iaitu; 

1. Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan)

2. Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan)

3. Sarjana Muda Sains (Analitik Data)

Pengenalan Program Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan) dengan Kepujian merupakan satu program yang dirangka untuk menghasilkan graduan yang terlatih dalam bidang Sains Matematik yang mampu untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kepakaran mereka bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Kurikulum program telah diadun lengkap bagi memenuhi sebelas domain hasil pembelajaran program yang disarankan oleh KPT. Program ini pada asasnya melatih pelajar untuk menerapkan ilmu matematik dan juga konsep-konsep berkaitan dalam pelbagai bidang tumpuan seperti pemodelan, pengkomputeran, pengoptimuman, geometri, penggunaan dalam sains fizikal dan sebagainya. Pelajar juga akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai kaedah matematik terkini dan juga pengaturcaraan komputer. Seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan keperluan revolusi industri (IR) 4.0, beberapa kursus dalam program ini telah diumpukkan dengan modul SAS yang membolehkan pelajar memperoleh sijil profesional SAS yang diiktiraf di peringkat global. Selain itu, program ini juga melatih pelajar untuk berfikir secara logik, tersusun dan tepat dan seterusnya membantu mereka dalam mencari penyelesaian yang efektif dalam bidang berkaitan. Di akhir pengajian pula, iaitu pada semester ketujuh, pelajar akan menjalani Latihan Industri selama 24 minggu di industri sama ada sektor awam atau swasta, tempatan mahupun antarabangsa. Semasa di industri, pelajar akan diselia oleh penyelia daripada industri dan berpeluang untuk mempraktikkan teori yang dipelajari di bilik kuliah serta melalui pengalaman sebenar alam pekerjaan sebagai persediaan untuk ke fasa seterusnya. Tempoh pengajian adalah selama 7 semester atau tiga tahun setengah. 

Syarat Kemasukan

Lepasan STPM (Sains)

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

 • Matematik (T)

2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk

peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020

mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Lepasan Matrikulasi/ Asasi Sains

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

 • Mathematics / Engineering Mathematics

2.  Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk

peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 20mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Lepasan Diploma / Setaraf

1. Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon:

      ATAU

    Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti

2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk

peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020

mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Brosur Program

prospek Kerjaya

Antara kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan-graduan program sains komputer adalah seperti berikut: 

  • Pegawai Risiko Strategik
  • Pemodel Risiko
  • Pegawai Pengurusan Pelaburan
  • Penganalisis Data
  • Penyelidik
  • Pegawai Sains
  • Guru / Pensyarah Matematik

Pengiktirafan Program

Ketua Program

Email: termimi@umt.edu.my 
Phone: +609-668 3975 (office)
             +6019-9091745 (mobile)