Faculty of Computer Science and Mathematics

Sarjana Muda Sains Komputer ( Komputeran Mudah Alih) dengan Kepujian

Pengenalan Program


Bidang Sains Komputer di FTKKI, UMT, menawarkan tiga program pengajian iaitu; 

1) Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian 

2) Sarjana Muda Sains Komputer dengan Informatik Maritim (Kepujian) 

3) Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) dengan Kepujian

Program ini ditawarkan kepada semua pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa terutamanya lepasan STPM, Matrikulasi danDiploma atau setaraf dengannya. Program ini mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi membangunkan aplikasi mudah alih dan web. Di samping melahirkan graduan yang dapat mengisi keperluan tenaga kerja semasa dan akan datang, program ini dapat meningkatkan prospek dan laluan kerjaya graduan menerusi fungsi pekerjaan baharu yang wujud hasil daripada perubahan dalam landskap ICT berikutan peralihan kepada teknologi mudah alih dan IR4.0

Syarat Kemasukan

Lepasan STPM (Sains)

1. (i) Lulus STPM atau yang setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran;
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya kredit/kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
a) Matematik Tambahan;
ATAU
b) Matematik DAN salah satu (1) mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan berikut;
• (Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains Tambahan/ Sains Komputer/ Produksi Multimedia/ Grafik Komunikasi
Teknikal/ Reka Bentuk Grafik Digital/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)
ATAU
(ii) Lulus STPM dalam aliran Sains atau yang setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam
mata pelajaran berikut:
a) Mathematics (T);
DAN
b) Satu (1) mata pelajaran Sains / ICT berikut;
• (Fizik / Kimia/ Biologi / Information and Communications Technology (ICT))
2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk
peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020
mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Lepasan Matrikulasi/ Asasi Sains

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran pada peringkat
Matrikulasi/ Asasi;
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya kredit/kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
a) Matematik Tambahan;
ATAU
b) Matematik DAN salah satu (1) mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan berikut;
• [Physics/ Chemistry/ Biologi/ Additional Science/ Computer Science/ Produksi Multimedia/ Grafik
Berkomputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Reka Bentuk Grafik Digital/ Lukisan Kejuruteraan/ Electrical
& Electronics Engineering/ Mechanical Engineering/ Civil Engineering]
2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk
peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020
mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Lepasan STAM

1. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), mendapat sekurang- kurangnya Pangkat Jayyid;
dengan
minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran:
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya kredit/kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
a) Matematik Tambahan;
ATAU
b) Matematik DAN salah satu (1) mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan berikut;
• [Physics/ Chemistry/ Biologi/ Additional Science/ Computer Science/ Produksi Multimedia/
Grafik Berkomputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Reka Bentuk Grafik Digital/ Lukisan Kejuruteraan/
Electrical & Electronics Engineering/ Mechanical Engineering/ Civil Engineering]
2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk
peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020
mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Lepasan Diploma / Setaraf

. Bagi calon lepasan Diploma/ Setaraf:
a) Lulus Diploma dalam bidang Sains Komputer / Kejuruteraan Perisian / Teknologi Maklumat /
Sistem Maklumat atau yang setara dengan minimum PNGK 2.50
ATAU
b) Lulus Diploma dalam bidang Sains dan Teknologi dengan minimum PNGK 2.50
2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk
peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut
tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Brosur Program

prospek Kerjaya

Antara kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan-graduan program sains komputer adalah seperti berikut: 

  • Pembangun Aplikasi IOS
  • Pembangun Aplikasi Android
  • Pembangun Front-End/Full Stack
  • Pembangun Sistem Perisian
  • Jurutera Perisian
  • Jurureka Web
  • Juruanalisa Sistem
  • Pengaturcara/Penganalisa Aturcara
  • Pegawai Teknologi Maklumat
  • Pentadbir Sistem
  • Pentadbir Pangkalan Data
  • Pentadbir Rangkaian
  • Juru Perunding IT
  • Pensyarah IT
  • Pelatih IT
  • Peluang Pengajian Siswazah

Pengiktirafan Program

Ketua Program

Email: 
Phone: +609-6683635 (office)
             + (mobile)