Faculty of Computer Science and Mathematics

Sarjana Muda Sains Komputer dengan Informatik Maritim (Kepujian)

Pengenalan Program


Bidang Sains Komputer di FTKKI, UMT, menawarkan tiga program pengajian iaitu; 

1) Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian 

2) Sarjana Muda Sains Komputer dengan Informatik Maritim (Kepujian) 

3) Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) dengan Kepujian

Program Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian ditawarkan kepada semua pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa terutamanya lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma atau setaraf dengannya. Program ini menjuruskan pelajar kepada kefahaman tentang teori pembangunan dan aplikasi bagi sistem perisian. Ini termasuk kemahiran dalam penyelesaian masalah, rekabentuk sistem perisian, pengujian perisian dan penyenggaraan sistem. Selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), bidang sains komputer dan teknologi maklumat merupakan penggerak pembangunan sosial yang mampu mewujudkan masyarakat bermaklumat. Kedua-dua bidang ini sangat penting untuk persaingan industri. Justeru, bakat digital dalam bidang kejuruteraan perisian amat diperlukan dalam pelbagai sektor demi memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Syarat Kemasukan

Lepasan STPM (Sains)

1. (i) Lulus STPM atau yang setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran;

DAN
Mendapat sekurang-kurangnya kredit/kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
a) Matematik Tambahan;
ATAU
b) Matematik DAN salah satu (1) mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan berikut;
• (Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains Tambahan/ Sains Komputer/ Produksi Multimedia/ Grafik Komunikasi
Teknikal/ Reka Bentuk Grafik Digital/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)
ATAU
(ii) Lulus STPM dalam aliran Sains atau yang setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mata
pelajaran berikut:
a) Mathematics (T);
DAN
b) Satu (1) mata pelajaran Sains / ICT berikut;
• (Fizik / Kimia/ Biologi / Information and Communications Technology (ICT
2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk
peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020
mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Lepasan Matrikulasi/ Asasi Sains

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana- mana dua (2) mata pelajaran pada peringkat
Matrikulasi/ Asasi;
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya kredit/kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
a) Matematik Tambahan;
ATAU
b) Matematik DAN salah satu (1) mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan berikut;
• [Physics/ Chemistry/ Biologi/ Additional Science/ Computer Science/ Produksi Multimedia/ Grafik
Berkomputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Reka Bentuk Grafik Digital/ Lukisan Kejuruteraan/
Electrical & Electronics Engineering/ Mechanical Engineering/ Civil Engineering]
2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk
peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020
mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan

Lepasan Diploma / Setaraf

1. Bagi calon lepasan Diploma/ Setaraf: a) Lulus Diploma dalam bidang Sains Komputer / Kejuruteraan Perisian / Teknologi Maklumat / Sistem Maklumat atau yang setara dengan minimum PNGK 2.50 ATAU b) Lulus Diploma dalam bidang Sains dan Teknologi dengan minimum PNGK 2.50 2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Brosur Program

prospek Kerjaya

Antara kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan-graduan program sains komputer adalah seperti berikut: 

  • Juruanalisis Sistem Maritim
  • Juruanalisis Kecerdasan Maritim
  • Pakar Pembangunan Bisnes Maritim
  • Eksekutif Sistem Sokongan dan Bisnes Maritim
  • Pembangun Perisian
  • Pegawai Teknologi Maklumat
  • Jururunding IT
  • Penganalisis Atur Cara
  • Jurureka Web
  • Jurutera Rangkaian
  • Pentadbir Rangkaian
  • Pentadbir Pangkalan Data
  • Penguji Perisian
  • Pelatih IT
  • Pentadbir Sistem
  • Pensyarah Sains Komputer/IT
  • Peluang Pengajian Siswazah

Pengiktirafan Program

Ketua Program

Email: 
Phone: +609-6683635 (office)
             + (mobile)