Faculty of Computer Science and Mathematics

Sarjana Muda Sains (Analitik Data) dengan Kepujian

Pengenalan Program


Bidang Sains Matematik  di FSKM, UMT, menawarkan tiga program pengajian iaitu; 

1. Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan)

2. Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan)

3. Sarjana Muda Sains (Analitik Data)

Pengenalan Sarjana Muda Sains (Analitik Data) dengan Kepujian telah direkabentuk untuk menyediakan sebuah program pengajian yang menggabungkan sains data, statistik, pembelajaran mesin dan matematik yang selaras dengan Revolusi Perindustrian 4.0. Program ini menerapkan elemen 2u2i melalui pelaksanaan 2.5 tahun pengajian di universiti (komponen universiti) dan 1 tahun pengajian di dalam industri (komponen industri). Setelah tamat program pengajian ini, pelajar akan memperoleh Sijil SAS yang dikenali sebagai “SAS Academic specialization in Data Analytics”. Kurikulum program pengajian ini telah disepadukan secara sepenuhnya bagi memenuhi peningkatan keperluan penganalisis data berkemahiran tinggi yang mampu menganalisis jumlah data yang semakin pesat dalam pelbagai bidang disiplin dan mengolahnya kepada maklumat berguna bagi pembuatan keputusan. Program ini juga bermatlamat dalam memenuhi permintaan tinggi industri untuk perniagaan dan penganalisis data. Graduan akan dilatih dengan kaedah, konsep dan alat yang terkini menerusi pengetahuan, kemahiran dan kebolehan untuk memahami data dalam pelbagai bentuk. Pelajar akan berpeluang bekerja dengan industri melalui 4 kursus komponen industri dalam bentuk Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) yang ditawarkan pada tahun akhir pengajian. Pembelajaran ini melibatkan projek di dalam persekitaran sebenar industri yang berkaitan dengan IR4.0. Pelaksanaan mod 2u2i akan mendedahkan pelajar kepada pembelajaran dan amalan yang sebenar secara langsung daripada pengamal industri yang berkenaan. Latihan sedemikian akan memberi nilai tambah kepada kelayakan seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan mereka. 

Syarat Kemasukan

Lepasan STPM (Sains)

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
• Matematik (T)

2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk
peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020
mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Lepasan Matrikulasi/ Asasi Sains

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:
• Mathematics / Engineering Mathematics

2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk
peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020
mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Lepasan Diploma / Setaraf

1. Memiliki Diploma/ mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat
Universiti
2. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk
peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020
mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

Brosur Program

prospek Kerjaya

Antara kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan-graduan program sains komputer adalah seperti berikut: 

  •  Saintis Data
  •  Penganalisis Kewangan
  •  Penganalisis Data
  •  Penganalisis Sistem
  • Jurutera Data
  • Penganalisis
  • Keselamatan Maklumat
  • Pengurus Data
  • Penyelidikan & Pembangunan
  • Arkitek Data
  • Perunding Perniagaan
  • Penganalisis Perniagaan/Pemasaran
  • Pembangun atau Pentadbir Pangkalan Data
  • Penganalisis Kuantitatif

Pengiktirafan Program

Ketua Program

Email: safiihmd@umt.edu.my 
Phone: +609-668 3247 (office)
             +6013 – 927 0553 (mobile)