Faculty of Computer Science and Mathematics

Projek penyelidikan pelajar PPKK di Pulau Bidong: Lora Network

Satu lagi projek penyelidikan sedang giat dilaksanakan melalui kerja-kerja pemasangan antenna tower untuk Lora Network di Pulau Bidong. Sensor-sensor ini bakal digunakan untuk memantau persekitaran (environmental monitoring) di Pulau Bidong, di mana data akan dihantar terus ke antenna tersebut secara berkala. Data tersebut kemudiannya dihantar ke stesen penerimaan data di UMT yang terletak di aras bumbung Kompleks Kuliah Pusat dan seterusnya akan dimasukkan ke ‘cloud’ (IoT).

Dr. Datin Nurul Adilah Abdul Latiff, pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan selaku Ketua Projek menjelaskan bahawa Projek monitoring menggunakan Lora Network melibatkan penghantaran data berjarak jauh secara terus (long range, line-of-sight) berkuasa rendah (low power) sesuai untuk kerja-kerja penyelidikan marin,biologi serta persekitaran bagi penyelidik-penyelidik di UMT.

Projek ini dibiayai oleh Geran MTSFB-IOT dengan kerjasama UMT-UPM-UTM bersama dengan wakil industri, Luimewah M Sdn Bhd.

Share the Post:

Artikel Berkaitan