Faculty of Computer Science and Mathematics

Program Syarahan Umum CEO@Faculty

Oleh: Dr. Nazaitulshila Rasit

Pada 16 Mac 2017 yang lalu, Program Syarahan Umum Ceo@Faculty Programme telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim (PPPPM) dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) telah diadakan di Auditorium Mahyuddin. Syarahan umum tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia iaitu Yang Berbahagia Dato Seri Haji Saripuddin bin Haji Kasim. Program ini adalah bertepatan dengan Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025), ( Pendidikan Tinggi ), agar universiti awam menjalinkan hubungan yang rapat dengan agensi dan industri yang terdapat di Malaysia. Program ini telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Naib Canselor UMT, iaitu Professor Dato’ Dr. Nor Aeini binti Haji Mokhtar, pegawai-pegawai utama UMT dan juga disertai oleh agensi-agensi kerajaan yang lain. Di dalam syarahan ini, Dato Seri Haji Saripuddin telah berkongsi kisah-kisah kejayaan beliau, tips menghadapi cabaran dalam kerjaya dan juga tips untuk mencapai impian dan cita-cita. Syarahan ini sangat bermanfaat buat para pelajar kerana maklumat-maklumat yang disampaikan sangat dekat dengan bidang pengajian yang sedang para pelajar kedua-dua pusat pengajian ceburi ketika ini. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam ketika program ini berlangsung. 

17352048_1751755445134579_6402951907023728375_n
Dato Seri Haji Saripuddin bin Haji Kasim diiringi Naib canselor UMT, Professor Dato’ Dr. Nor Aeini binti Haji Mokhtar sedang memeriksa perbarisan pelajar SM Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim)
17218666_1751756521801138_1718844953443906426_o
Nyanyian lagu Negaraku dan UMT Cita Warisan
17349619_1751757648467692_2771037756163761212_o
Nyanyian lagu Negaraku dan UMT Cita Warisan
17358892_1751756518467805_4225893596157164625_o
Nyanyian lagu Negaraku dan UMT Cita Warisan
17311133_1751756545134469_3032333567601907980_o
Para pensyarah PPPPM dan PPKK yang hadir ke program ini
17218623_1751756948467762_292848935945684781_o
Para pelajar yang sempat hadir ke program ini
17239650_1751755601801230_580568021077380627_o
Yang Berbahagia Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr. Nor Aeini binti Haji Mokhtar sedang menyampaikan ucapan alu-aluan
17212129_1751756168467840_3621594943224018822_o
Syarahan umum disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, Dato’ Seri Haji Sarippudin bin Haji Kasim
17239676_1751758118467645_2093162469254763214_o
Majlis menandatangani bunting sebagai simbolik kepada program ini
17349689_1751756438467813_9122853452234455351_o
Dato Naib Canselor menyampaikan cenderamata buat Dato Seri Haji Sarippudin
17218748_1751757918467665_234084353412100539_o
Bergambar beramai-ramai sebelum majlis bersurai
17239971_1751757288467728_1863624816408602396_o
“Soaring upwards”

 

Share the Post:

Artikel Berkaitan