Faculty of Computer Science and Mathematics

Program Induksi Keselamatan Pelajar ENTECH

14 & 15 Oktober 2018.

Program Induksi Keselamatan Pelajar telah dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tahun akhir dan pelajar siswazah program Alam Sekitar berkenaan prosedur keselamatan dan kesihatan dalam menjalankan projek penyelidikan. Program ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti sesi Tayangan video keselamatan, kuiz atas talian dan sesi taklimat keselamatan serta demostrasi penggunaan PPE/respon kecemasan.

Program yang pertama kali diadakan ini telah disertai lebih 100 pelajar dan dikendalikan oleh beberapa fasilitator iaitu Dr Wan Rafizah Wan Abdullah, Dr Tengku Azmina Engku Ibrahim, Dr Nazaitulshila, Encik Mohd Kamri Mamat dan Puan Mazalina Muda.

 

 

 

Share the Post:

Artikel Berkaitan