Faculty of Computer Science and Mathematics

Program Bakti Siswa Max-G

Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong (LeBEST)  adalah merupakan sekolah angkat bagi Universiti Malasia Terengganu (UMT) . Oleh yang demikian, Maritime Expert Generation (MAX-G) telah menganjurkan Program Bakti Siswa buat kali kedua pada 14 Januari 2017. Program ini kali pertama diadakan pada tahun 2016 juga dianjurkan oleh MAX-G.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahkan serta pengenalan berkenaan dengan program Teknologi Maritim sekali gus mempromosikan UMT kepada pelajar Tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Aktiviti ini telah mendapat maklum balas yang positif daripada pihak pelajar sendiri kerana pengenalan seperti ini adalah baru buat mereka.

Sebanyak RM1000 telah diperuntukan untuk menjayakan program ini dan RM500 adalah sumbangan daripada pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK) serta bakinya adalah melalui tabung MAX-G sendiri.

a

 

Share the Post:

Artikel Berkaitan