Faculty of Computer Science and Mathematics

PPKK menandatangani Surat Hasrat (LOI) bersama Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)

Satu acara menandatangani Surat Hasrat (LOI) di antara pihak PPKK telah diadakan dengan pihak Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai perkara termasuklah khidmat nasihat dan kepakaran, penyelidikan dan penganjuran aktiviti bersama. Pihak PPKK ditandatangani oleh Yang Berbahagia Dekan, Prof. Ir. Dr. Ahmad bin Jusoh manakala pihak PSIS pula ditandatangani oleh Pengarah PSIS iaitu Lt. Kol. Bersekutu (PA) Hjh Norehan bt Md. Shariff. Ahli jawatankuasa yang terlibat di dalam kerjasama ini terdiri daripada Dr. Nazaitulshila Rasit, Dr. Hjh. Noor Zaitun Yahaya dan Dr. Lam Su Shiung daripada PPKK. Manakala, pihak PSIS pula terdiri daripada Mrs. Chia Soi Lee, Pn. Zamsalwani Binti Zamri, En. Hafizulhadi Bin Rahim, Pn. Siti Farah Wahida Binti Mohamed, Mrs. Radika A/P Subramaniam, Cik Nor Suhaili Binti Mohamad Zin, En. Azmir Bin Md Dom dan Tuan Haji Mohamed Rizal Bin Mohd Tayab. Semoga kerjasama ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dari masa ke semasa.

 

whatsapp-image-2017-02-24-at-6-10-13-pm-1

whatsapp-image-2017-02-24-at-6-10-10-pm

whatsapp-image-2017-02-24-at-6-10-05-pm

whatsapp-image-2017-02-24-at-6-10-06-pm

whatsapp-image-2017-02-24-at-6-10-13-pm

Share the Post:

Artikel Berkaitan