Faculty of Computer Science and Mathematics

PPKK akan menganjurkan I-OCEANS 2019 (Panggilan peserta)

Bertempat di kampus Universiti Malaysia Terengganu, bertarikh 5-7 Ogos 2019 akan datang, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan akan menganjurkan sebuah persidangan iaitu “The International Conference on Ocean, Engineering Technology and Environmental Sustainability 2019″ atau dikenali sebagai I-OCEANS 2019.

I-OCEANS 2019 merupakan inisiatif kali pertama PPKK dalam penganjuran persidangan antarabangsa yang akan melibatkan tiga cabang utama iaitu kelautan, teknologi kejuruteraan dan alam sekitar lestari.

Bertemakan “Ocean of discoveries for Global Sustainability”, I-OCEANS 2019 menjemput semua ahli-ahli akademik institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, para penyelidik, kakitangan dari agensi-agensi kerajaan, swasta dan industri, ahli-ahli kelab/pertubuhan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar pascasiswazah untuk menghantar penyertaan. Yuran penyertaan adalah termasuk dengan yuran penerbitan.

Semua kertas kerja lengkap yang diterima akan melalui proses semakan dan dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam Jurnal Kejuruteraan & Teknologi Antarabangsa (IJET) (Terindeks Scopus).

Untuk maklumat lanjut layari laman web I-OCEANS 2019 Klik Di Sini

Pendaftaran I-OCEANS 2019 Klik Di Sini

[gview file=”http://soe.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/12/2019/01/BROCHURE-IOCEANS2019.pdf”]

Share the Post:

Artikel Berkaitan