Faculty of Computer Science and Mathematics

Pertemuan pihak pengurusan PPKK dengan ahli akademik antarabangsa

Pada 7 Mac lalu, pihak pengurusan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan mengadakan pertemuan bersama ahli akademik antarabangsa. Seramai 7 orang pensyarah luar negara telah dilantik di bawah PPKK, antaranya dari Indonesia, Iraq, Jordan, Bangladesh dan Libya. Ahli-ahli akademik antarabangsa ini bakal bersama-sama PPKK untuk meneroka potensi yang lebih luas dalam aspek pengajaran dan penyelidikan untuk PPKK khasnya dan UMT amnya. Perbincangan telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Fadhli Ahmad dan turut dihadiri bersama Prof. Dr. Nora’Aini Hj. Ali selaku Pendaftar UMT, Prof. Ir. Dr. Ahmad Jusoh dan Timbalan-timbalan Dekan PPKK.

Share the Post:

Artikel Berkaitan