Faculty of Computer Science and Mathematics

Pertandingan Pembentangan Tesis Ijazah Sarjana Muda MJB RINA-IMarEST

Dilaporkan oleh: Dr. Mohd Asamudin
Jurugambar: En. Mohamad Mohd Johari

Satu pertandingan pembentangan tesis ijazah sarjana muda telah diadakan pada 23 Julai 2018 bertempat di Stesen Penyelidikan Marin Pulau Bidong, Universiti Malaysia Terengganu. Pertandingan ini adalah inisiatif Malaysian Joint Branch of The Royal Institution of Naval Architects and The Institute of Marine Engineering, Science and Technology (MJB RINA IMarEST) untuk mengiktiraf kajian tahun akhir yang dilakukan oleh pelajar ijazah sarjana muda di dalam bidang berkaitan senibina kapal dan kejuruteraan marin. Pertandingan ini melibatkan 10 orang pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) yang tepilih untuk membentangkan hasil kajian projek tesis tahun akhir mereka. Pertandingan ini diadili oleh dua (2) juri yang dijemput khas dari MJB RINA-IMarEST. Pertandingan ini diadakan setiap tahun yang mana melibatkan beberapa universiti diseluruh Malaysia yang mempunyai jurusan berkaitan dengan senibina kapal dan kejuruteraan marin seperti Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kuala Lumpur. Pemenang pertandingan ini adalah:

Tempat pertama: Norasyidayu Binti Mohd Radzi
Tempat ke-2: Muhammad Fakhrul Ghazi
Tempat ke-3: Aravinth Thuraisamy

Pemenang berpeluang untuk menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan bersama sama pemenang daripada universiti lain yang terlibat. Tahniah dan syabas diucapkan!

Share the Post:

Artikel Berkaitan