Faculty of Computer Science and Mathematics

Permohonan mengikuti Program “ASEAN International Mobility for Students 2017” (AIMS 2017)

 

Program Mobiliti Pelajar (Ke Luar Negara) khususnya Program ASEAN International Mobility for Students (AIMS) adalah untuk menyediakan peluang kepada pelajar UMT untuk melengkapkan pengalaman pendidikan dengan mengikuti program akademik yang ditawarkan di luar negara. Program Asean International Mobility for Students (AIMS) diadakan adalah untuk mencapai objektif seperti berikut :

  1. Memberi pendedahan dan pengalaman pendidikan kepada pelajar khususnya rakan universiti AIMS;
  2. Mendorong dan melatih pelajar sebagai duta kecil UMT dan Malaysia;
  3. Membolehkan pelajar mempelajari budaya negara asing selain ilmu yang diceburi; dan
  4. Memperluaskan aktiviti MoU/MoA yang ditandatangani oleh UMT dan rakan universiti AIMS.

Permohonan ini dibuka kepada pelajar tahun 1 Program Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar). Walaubagaimanapun, pelajar adalah tertakluk kepada syarat penyertaan iaitu mempunyai CGPA 3.0 dan ke atas. Sebarang pertanyaan dan permohonan boleh menghubungi Dr Noor Zaitun Yahya (emel: nzaitun@umt.edu.my). Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Mei 2017. Selamat mencuba!

Share the Post:

Artikel Berkaitan