Faculty of Computer Science and Mathematics

Penutupan Sistem e-Pembelajaran Sesi 1 2016/2017 dan Pengaktifan Sesi 2 2016/2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pensyarah;

Makluman : Penutupan Sistem e-Pembelajaran Sesi 1 2016/2017 dan Pengaktifan Sesi 2 2016/2017

Merujuk kepada perkara diatas, selaras dengan keperluan SKT dan status Blended-Learning, Pihak unit e-Pembelajaran telah menutup sebarang ubahan terhadap kursus bagi sesi 1 2016/2017 bermula tarikh akhir peperiksaan semester iaitu 15 Januari 2016 sepertimana amalan pada semester lepas.

Sehubungan dengan itu, pensyarah tidak dapat melakukan sebarang ubahan kepada kursus tersebut di sistem e-Pembelajaran kecuali melihat paparan markah dan bahan-bahan yang telah dimasukkan sebelum ini.

Untuk makluman awal, Kursus-kursus di sistem e-Pembelajaran bagi Sesi 2 2016/2017 dijangka akan mula aktif setelah penutupan sistem kemasukkan markah. Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa melalui emel.

Harap Maklum.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

——————–
Yang menjalankan tugas;

DR.NORAIDA HAJI ALI
Ketua Bahagian e-Pembelajaran
Pusat Perancangan, Pembangunan dan Kualiti Akademik
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Terengganu

Tel: 09-6683260/4332
Faks:09-6684331

LENTERA: http://epembelajaran.umt.edu.my
MyWeblog: aidaumt.wordpress.com

Share the Post:

Artikel Berkaitan