Faculty of Computer Science and Mathematics

Penganjuran ICAQES 2017

Oleh: Dr. Nazaitulshila Rasit

Pada 23-24 Ogos 2017 yang lalu, Konferensi Kualiti Udara dan Kelestarian Alam Sekitar 2017 (ICAQES 2017)  telah berjaya dianjurkan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK), Universiti Malaysia Terengganu. Penganjuran ICAQES 2017 adalah dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, United Nations University, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Sultan Zainal Abidin. Penganjuran ICAQES 2017 ini adalah bertujuan untuk menyediakan medan perkongsian dan pertukaran kepakaran, pembentangan dapatan kajian terkini dan percambahan idea bagi membahaskan masa depan pengurusan kualiti udara dan alam sekitar di Malaysia serta serantau antara akademia, penyelidik, ahli-ahli profesional, penggubal dasar serta pertubuhan bukan kerajaan.

Ketika berlangsungnya ICAQES 2017, 3 pengucaptama telah dijemput untuk menyampaikan syarahan berdasarkan topik yang telah dipilih selari dengan tema ICAQES 2017 iaitu “EXPLORING PATHWAYS TOWARDS SUSTAINABLE ENVIRONMENT”. Pengucaptama pertama ialah Encik Jayaprakash A/L Murulitharan yang merupakan Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menyampaikan ucaptama dengan topik “Haze and Regional Effort on Trans Boundary Agreement”. Manakala topik ucaptama kedua adalah “Managing Change Towards Organizational Sustainability” yang telah disampaikan oleh Professor Madya Dr. Norazuwa Mat daripada Umm Al-Qurra, Mekah, Arab Saudi. Pengucaptama ketiga telah dijemput daripada United Nation University dengan topik “Air Quality and Sustainable Malaysia Towards a Healthier Nation” dan disampaikan oleh Prof. Dr. Jamal Hisham Hashim.

Sebanyak 5 sesi plenari telah diadakan mengikut sub-kategori masing-masing. Penceramah plenari juga telah dijemput daripada beberapa agensi dengan topik masing-masing sebagaimana berikut:

  1. Plenari 1

Penceramah: Puan Mashitah Darus (Jabatan Alam Sekitar Malaysia)

Tajuk: Air Quality Management in Malaysia

2. Plenari 2

Penceramah: Dr Hj. Izhar Abadi bin Ibrahim Rais (Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia)

Tajuk: Sustainable Environment in Malaysia Quarries

3. Plenari 3

Penceramah: Prof. Madya Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim (Rektor, TATI University College)

Tajuk: Green Energy

4. Plenari 4

Penceramah: Prof. Ir. Dr. Ahmad bin Jusoh (Dekan, PPKK)

Tajuk: Green Technology in Lake Management

5. Plenari 5

Penceramah: Dr. Mylene Cayetano (University of Philipines Diliman)

 Tajuk: Air Quality Monitoring and Issues in Asia: From Science to Policy

ICAQES2017 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UMT, Profesor Dr Mazlan Bin Abd. Ghaffar. Majlis perasmian telah diadakan bersama dengan Majlis Makan Malam bertempat di AM Transit Inn yang telah dihadiri oleh semua peserta. Pada majlis ini juga telah menyaksikan pertukaran dokumen persefahaman (MoU) diantara UMT dan University of Philipines Diliman (UPD) dan pertukaran dokumen surat hasrat (LOI) diantara UMT dan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).

Sepanjang 2 hari berlangsungnya ICAQES2017, semua peserta iaitu seramai 54 orang telah berjaya menyampaikan pembentangan oral masing-masing dan mereka juga berjaya membina jaringan bersama semua peserta yang telah melibatkan diri. Terdapat juga pameran basikal  elektrik yang telah diadakan oleh Voltron Malaysia Sdn. Bhd. yang juga selaku penaja bagi penganjuran konferensi ini. Selain daripada itu, ICAQES 2017 juga telah menerima penajaan daripada Clean Air Society of Malaysia dan Hotel Tabung Haji. Di akhir acara iaitu ketika majlis penutup ICAQES 2017, anugerah pembentang terbaik telah diberikan kepada 3 orang pembentang iaitu Peter Yakcob (Universiti Tun Abdul Razak), Eliani Ezani (University of Strathclyde, UK) dan Roseanne Ramos (University of Philipines Dilliman). Penutup kepada ICAQES 2017 adalah sesi rombongan bagi peserta yang berminat dengan menaiki Bas Kite ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu iaitu Pasar Payang dan Taman Tamadun Islam. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika ICAQES 2017.

Dengan mengetengahkan isu dan cabaran kualiti udara dan pengurusan alam sekitar semasa, konferensi ini telah membawakan tokoh-tokoh penting yang dapat mengilhamkan penyelesaian inovaitif dan amalan terbaik bagi permasalahan pada masa kini. Ia seterusnya telah menarik penyertaan para akademia, penyelidik, penggubal dasar serta pertubuhan bukan kerajaan. Di samping itu, konferensi ini telah membina jaringan kerjasama dan mempertingkatkan lagi pengetahuan tentang isu-isu serta teknologi alam sekitar yang terkini. Diharap, ilmu dan output yang terjana daripada konferensi ini akan dapat menjadi salah satu lagi sumbangan UMT kepada masyarakat.

Pendaftaran peserta ICAQES 2017
En. Jayaprakash sedang menyampaikan ucaptama
Puan Mashitah Darus sedang menyampaikan ceramah plenari
Dr. Izhar Abadi sedang menyampaikan ceramah plenari

Delegasi UPD mengadakan lawatan ke Makmal Berpusat UMT
Delegasi UPD mengadakan lawatan ke Makmal Berpusat UMT
Delegasi UPD mengadakan lawatan ke Makmal Berpusat UMT
Pameran basikal elektrik oleh Voltron Malaysia Sdn Bhd
Dekan PPKK menyampaikan kata-kata aluan pada Majlis Perasmian dan makan malam ICAQES 2017 di Am Transit Inn
Ucapan perasmian oleh Timbalan Naib Canselor
Gimik perasmian ICAQES 2017
Pertukaran dokumen MoU dengan UPD
Pertukaran dokumen LOI dengan PSIS
Cenderamata penghargaan kepada pengucaptama, Prof. Dr. Jamal Hisham Hashim
Cenderamata penghargaan kepada pengucaptama, Prof. Madya Dr. Norazuwa Mat
Cenderamata penghargaan kepada penceramah plenari, Dr. Izhar Abadi
Cenderamata penghargaan kepada penceramah plenari, Prof. Madya Dr. Mohd Zamri Ibrahim
Cenderamata penghargaan kepada penceramah plenari, Dr. Mylene Cayetano
Cenderamata penghargaan kepada penceramah plenari, Prof. Ir. Dr. Ahmad Jusoh
Penghargaan kepada MyCAS sebagai penaja
Penghargaan kepada Voltron Malaysia Sdn Bhd sebagai penaja
Bergambar di akhir majlis perasmian
Ucapan penutup disampaikan oleh Dr. Hjh Noor Zaitun selaku pengerusi bersama ICAQES 2017
Penyampaian sijil kepada pembentang terbaik
Penyampaian sijil kepada pembentang terbaik
Majlis penutup ICAQES 2017
Peserta menaiki Bas Kite bagi rombongan ke Pasar Payang dan Taman Tamadun Islam
Share the Post:

Artikel Berkaitan