Faculty of Computer Science and Mathematics

Pelajar Sains Nautika anjur “The Journey Begins!” di Laguna Setiu

Baru-baru ini pelajar Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim Tahun 2, telah mengadakan program kembara untuk semester ini di Laguna Setiu, Terengganu. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara pelajar tahun 2 dengan para pensyarah dan staf program pengajian Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim. Ia diadakan pada 16-18 Februari 2017 yang lalu. Antara aktiviti utama yang diatur dan diadakan di sana ialah Survival Ikhtiar Hidup dengan mencari sumber makanan seperti Kepah, Lokan dan apa jua yang boleh dijadikan makanan. “Program ini sungguh menarik dan mengajar erti kesusahan untuk terus hidup sambil menyesuaikan diri dengan persekitaran asing”. Demikian objektif program tersebut yang dinyatakan oleh Pengarah Program, Aimie Qamariena. The Journey Begins! sangat sesuai untuk dijadikan program “Flagship” Ikhtiar Hidup untuk semua pelajar Sains Nautika.

16832111_1329051493826663_4873171591532777546_n

16807589_1329051517159994_4843547652059993429_n

16807671_1329051497159996_6070852460323730992_n

16807681_1329051383826674_3682562558024467281_n

16864390_1329051603826652_813506864526285569_n

16807775_1329051440493335_9086896676123870760_n

Share the Post:

Artikel Berkaitan