Faculty of Computer Science and Mathematics

Pelajar PPKK Terpilih ke Aston Summer Programme 2017

Saudari Tan Chiew Sia yang merupakan pelajar program Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) dan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT telah mengharumkan nama PPKK khasnya dan UMT umumnya setelah terpilih mewakili Malaysia ke Aston Summer Programme 2017 di Aston University, United Kingdom pada 02 hingga 21 Julai 2017. Program tersebut adalah anjuran bersama Aston University Alumni Association Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Pemilihan peserta telah dilakukan pada Mei yang lalu di mana hanya dua orang pelajar IPTA akan terpilih mewakili Malaysia. Pihak PPKK mengucapkan jutaan tahniah buat saudari Tan Chiew Sia dan semoga kejayaan ini dapat dijadikan sumber inspirasi kepada semua pelajar untuk mencontohi beliau dan terus berjaya di dalam bidang yang diceburi.

 

Share the Post:

Artikel Berkaitan