Faculty of Computer Science and Mathematics

Pelajar pascasiswazah PPKK menyertai Bengkel Simulasi di PESDC

Pelajar-pelajar Pascasiswazah dan pembantu penyelidik Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan telah menjalani Simulation of Hydraulic System in Fluidsim with practical electro-hydraulic control di PESDC Training Complex, Kawasan Perindustrian Pengkalan 2, Pusing, Perak. Program latihan yang berlangsung pada 11 hingga 14 Februari 2019 ini diketuai oleh Dr. Aliashim Albani selaku pensyarah PPKK.

Pada akhir program ini, pelajar-pelajar telah dapat mempelajari dan memahami teori dan konsep bendalir di dalam sistem hidraulik, memahami simulasi sistem hidraulik menggunakan Fluidsim Technology serta menjalankan praktikal di makmal hidraulik dengan mengaplikasikan secara eksperimen rekabentuk sistem hidraulik dalam skala makmal.

Share the Post:

Artikel Berkaitan