Faculty of Computer Science and Mathematics

Pelajar FEDI Johan Pertandingan Debat sempena Program Pidato dan Debat Kepimpinan Mahasiswa 2016

Tahniah!

Saudara Amirul Aiman bin Helmi dan pasukan daripada SMSG ( Fizik Elektronik dan Instrumentasi) telah mendapat Johan dalam Pertandingan Debat sempena Program Pidato dan Debat Kepimpinan Mahasiswa 2016 anjuran Pusat Keusahawan dan Kerjaya dan Kelab DEMI. Saudara Amirul Aiman juga menyandang pendebat terbaik pusingan. Hadiah telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali, Timbalan Naib Canselor (HEPA) di Auditorium Mahyuddin, Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim. Turut hadir Dr Salisa Abdul Rahman, Timbalan Dekan (Bakat dan Penyelidikan) PPKK yang hadir untuk memberikan sokongan.

#universitimalaysiaterengganuofficial

#SoaringUpwards

#PusatPengajianKejuruteraanKelautan

Share the Post:

Artikel Berkaitan