Fakulti Sains komputer dan Matematik

Kem Pemantapan Matematik Guru Daerah Kuala Nerus, Terengganu

Satu program “Bicara Kecemerlangan Matematik Dan Matematik Tambahan” telah berlangsung bersama Rakan Elit Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Nerus dan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) bertempat di Bilik Seminar INOS, UMT pada 21 Ogos 2024. Program ini dihadiri oleh 60 orang guru Matematik dan Matematik Tembahan dari 15 buah sekolah dalam daerah Kuala Nerus.
Program ini dikendalikan oleh sepuluh orang fasilitator dari UMT dan seorang seorang sukarelawan, Encik Amirul Faiz. Dalam ucapan penutup oleh wakil PPD, iaitu Encik Mohd Nordin Zakaria, beliau menyatakan harapan agar program kerjasama seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi membantu anak-anak pelajar di sekitar Kuala Nerus meminati dan mencintai Matematik.
Share the Post:

Artikel Berkaitan