Fakulti Sains komputer dan Matematik

Jaringan Kerjasama FSKM UMT dengan Universiti di Indonesia

()
31 Ogos 2024
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan lima (5) universiti iaitu Universitas Telkom Bandung, Universitas Islam Bandung, Universitas Cendekia Abditama, Universitas Multimedia Nusantara dan Universitas Yatsi Madani sempena penganjuran persidangan antarabangsa 2nd Internasional Conference on Emerging Technology and Sustainability (ICETS) bertempat di UNPAM, Kota Tangerang Selatan, Indonesia
Penganjuran persidangan ini merupakan hasil kerjasama antara UMT dengan Universitas Pamulang (UNPAM) Indonesia dan Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN) Indonesia. Usaha Ini juga sebagai inisiatif untuk membudayakan perkongsian hasil penyelidikan melalui pembentangan lisan dan penerbitan di kalangan para penyelidik yang terdiri dari pelbagai bidang kepakaran khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Pembangunan Lestari.
Alhamdullillah, syabas dan tahniah buat Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) dan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) yang telah terlibat dalam penganjuran persidangan ini.
Share the Post:

Artikel Berkaitan