Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dengan kerjasama Persatuan Alumni Universiti Texas (PAUT) dan Special Interest Group on Modelling and Data Analytics (SIGMDA) telah menganjurkan satu program sesi perkongsian bersama industri yang bertajuk, “Leaders Who Inspire Subordinate” pada 6 Ogos 2024 bertempat di Dewan Persidangan 3, UMTCC. Program ini dihadiri oleh para pensyarah FSKM dan beberapa pensyarah daripada fakulti lain termasuk pelajar siswazah seramai 50 orang. Program sesi perkongsian bersama industri tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dekan FSKM, Prof. Ts. Dr. Muhammad Suzuri Hitam. Beliau berharap semua ahli akademik yang hadir dalam sesi tersebut mengambil peluang untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman dari industri untuk menjadikan fakulti sentiasa berada dalam suasana penuh rahmat. Selesai ucapan aluan dari dekan FSKM, program diteruskan oleh penceramah jemputan, iaitu Tuan Haji Wan Azhar Lotfi bin Wan Harun yang merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP). Beliau telah bersama di PETRONAS selama 32 sebelelum bersara pada tahun 2019. Dalam perkongsian tersebut, beliau mengupas topik berkaitan seni menjadi seoarang ketua yang memberi inspirasi kepada anak buah dan perkongsian pengalaman beliau sepanjang beliau menerajui INSTEP. Program sesi perkongsian diakhiri dengan sesi soal jawab yang mendapat sambutan hangat ahli akademik di UMT. Di akhir program, Dekan FSKM menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata buat penceramah jemputan, Tuan Haji Wan Azhar disusuli sesi bergambar beramai-ramai.