Fakulti Sains komputer dan Matematik


Latar Belakang Fakulti

Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2024. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan (PPIMG). Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) ditubuhkan dari 2019 hingga 2023 hasil penggabungan antara Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan (PPIMG) dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK). Penubuhan FSKM adalah untuk menghimpunkan kepakaran dalam cabang ilmu kejuruteraan perisian, informatik maritim, komputeran mudah alih, matematik gunaan, matematik kewangan dan analitik data di bawah satu pusat tanggungjawab dalam menyokong bidang tujahan utama universiti selari dengan visi serta misi UMT.

FSKM menawarkan 6 program pengajian peringkat Sarjana Muda dengan tempoh masa pengajian   7 semester (3.5 tahun). Program Sarjana Muda yang ditawarkan di FSKM adalah :

PROGRAM PRASISWAZAH :

1) Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian
2) Sarjana Muda Komputer Sains dengan Informatik Maritim (Kepujian)
3) Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) dengan Kepujian
4) Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) dengan Kepujian
5) Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan) dengan Kepujian
6) Sarjana Muda Sains (Analitik Data) dengan Kepujian

PROGRAM PASCASISWAZAH :
1)  Sarjana Muda Sains Komputer (Kerja Kursus)
2) Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kerja Kursus)
3) Sarjana Matematik (Kerja Kursus)
4) Sarjana Statistik Sains Marin (Kerja Kursus)
5) Sarjana Sains (Penyelidikan)
6) Doktor Falsafah (Penyelidikan)