Faculty of Computer Science and Mathematics

Mega Sail Sedekad Nautika “Lead The Future”

Oleh: Faiz Amir

9-11 Mei 2017 | Pulau Bidong |

Satu program telah dijalankan di bawah Kelab Seafarer UMT bagi meraikan 10 tahun penubuhan program Sarjana Muda Sains (Sains Nautika Dan Pengangkutan Maritim) sejak 2006 di UMT. Program tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam dan bertempat di Pulau Bidong. Seramai 130 orang peserta yang telah terlibat terdiri daripada kalangan pelajar tahun 1, 2, 3, juga pelajar tahun 4 yang sedang menjalani latihan industri. Program tersebut juga disertai oleh staff jabatan Sains Nautika dan staff jabatan lain serta para alumni dari sesi ambilan tahun 2006 hingga 2012. Antara program yang dijalankan ialah; water confident & survival laut, snorkeling, jungle trekking jejak warisan, alumni sharing session, aktiviti kayak, BBQ dan beach cleaning @ Bidong.

Share the Post:

Artikel Berkaitan