Faculty of Computer Science and Mathematics

Malaysian Certificate of Competency (CoC) ‘Officer in Charge of Navigational Watchkeeping of 500GT or more Unlimited Trade Voyages’

4 Alumni PPKK lulus peperiksaan lisan ‘Officer in Charge of Navigational Watchkeeping of 500GT or more Unlimited Trade Voyages’ Alumni UMT

Tanggal 17 Jun yang lalu, 4 orang alumni Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan yang mengambil kursus Sarjana Muda Sains Nautika dan Pegangkutan Maritim telah lulus dengan jayanya peperiksaan lisan bagi perakuan kecekapan (Certificate of Competency) ‘Officer in Charge of Navigational Watch of 500GT or more Unlimited Trade Voyages’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia

Mohammad Azariza Sazwan, Yeap Chee Kah dan Sri Balamurugan Manokaran, Dinesh yang juga penerima ijazah kelas pertama, telah memulakan karier sebagai pegawai kadet dek ketika latihan industri di Syarikat perkapalan ‘American Presiden Line’ (APL) yang berpengkalan di Singapura bagi mengumpul ‘sea time’ dan menjalani latihan-latihan tertentu sebelum layak menduduki peperiksaan lisan tersebut sepertimana yang telah termaktub di dalam konvensyen antarabangsa ‘STCW 78 as as amended’ (Standard of Training Certification and Watchkeeping for Seafarers) . Dengan adanya perakuan kecekapan ini, mereka bertiga berpeluang untuk berkhidmat di atas kapal sebagai ‘Third Officer’ di mana-mana syarikat perkapalan di seluruh dunia tanpa had batasan pelayaran disamping gaji yang lumayan.

Kejayaan ketempat-empat alumni ini menjadi kebanggaan kepada Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan dan juga program Sarjana Muda Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim sekaligus merealisasikan salah satu matlamat program untuk melahirkan graduan yang boleh berkhidmat di atas kapal dagang sebagai Pegawai Navigasi.

Share the Post:

Artikel Berkaitan