Faculty of Computer Science and Mathematics

Kursus Kad Hijau CIDB

Oleh: Dr. Nazaitulshila Rasit

Sebahagian mahasiswa tahun 3 Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) telah mengikuti mengikuti kursus Kad Hijau CIDB sebagai persiapan untuk menjalani latihan industri pada hujung bulan Jun sehingga awal bulan September 2017. Kursus ini telah diadakan pada 6 Mei 2017 yang lepas. Kursus Kad Hijau ini telah disampaikan oleh pegawai CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) merupakan program bersepadu yang melibatkan akreditasi personel binaan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan. Tujuannya adalah bagi memastikan pemegang kad hijau secara amnya atau pekerja binaan secara khususnya menyedari kepentingan tempat kerja yang selamat dan sihat. Kursus ini juga akan memberi pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja Pembinaan dan memaklumkan pekerja binaan mengenai keperluan undang-undang berkaitan keselamatan dan kesihatan. Setelah menghadiri kursus ini, pelajar akan memperoleh sekeping kad hijau setiap seorang dan ia secara automatik meliputi dengan Skim Insurans khas yang menginsuranskan personel binaan terhadap kematian dan kemalangan. Selain daripada itu, faedah-faedah lain yang diperolehi setelah mengikuti kursus ini adalah seperti berikut:

  • Perlindungan Takaful adalah untuk tempoh 24 jam sehari. Bermakna, perlindungan bukan hanya pada waktu bekerja tetapi juga di luar waktu bekerja.
  • Perlindungan Takaful bukan sahaja di Malaysia malah di mana-mana tempat di seluruh dunia. Contoh: Jika anda sebagai pemegang kad hijau CIDB, mengalami kemalangan maut ketika melancung di Australia, CIDB akan membayar pampasan kepada waris anda sebanyak RM 21,000.00.
  • Pemegang kad hijau juga akan menikmati potongan yuran sehingga 50% kepada kursus-kursus tertentu anjuran CIDB.
  • Pemegang kad hijau rakyat Malaysia, layak untuk mengikuti kursus percuma anjuran Akademi Binaan Malaysia.
  • Mendapat pengetahuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kerana anda akan menghadiri kursus percuma anjuran CIDB.
  • Memberi peluang memperolehi pekerjaan samaada kerja tetap atau sampingan. Ini kerana kebanyakkan syarikat di Malaysia mewajibkan pekerja mempunyai Kad Hijau untuk menjalankan sebarang kerja di premis mereka sama ada melibatkan kerja-kerja pembinaan, mekanikal atau elektrikal.

Akhir kata, kursus ini sangat bermanfaat sebagai persedian buat para pelajar yang akan menjalani latihan industri. Semoga semua ciri-ciri keselamatan yang telah didedahkan dapat dipraktikkan semasa menjalani latihan industri nanti.

Share the Post:

Artikel Berkaitan